Apakah itu amalan
lestari?
Amalan lestari adalah amalan menggunakan
barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai
kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan
penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya
tidak menggugat keperluan generasi akan datang. Amalan lestari amat
mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain
secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang tidak
boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan.
Namun, itu merupakan perspektif secara umum
tentang pengamalan lestari. Bagi memupuk budaya ini, saya percaya setiap
individu perlulah memulakan sesuatu yang mudah dan praktikal untuk dijalankan
agar budaya pengamalan lestari ini mampu disemai dalam diri setiap individu.
Amalan lestari yang mudah untuk
dipraktikkan adalah elakkan diri daripada mengambil sudu plastik ketika memesan
makanan secara 'take away' di restoran. Hal ini kerana penggunaan sudu
plastik sedikit sebanyak menyumbang kepada lambakkan sisa plastik sebagai
pencemar kepada alam sekitar. Pernahkah anda melihat hidupan-hidupan marin yang
tersiksa akibat lambakan sisa plastik yang dibuang di sungai-sungai dan laut?
oleh sebab itu, kita harus mempraktikkan
amalan ini supaya hidupan-hidupan lain tidak terjejas dengan tangan-tangan
manusia. Mungkin amalan ini tidak dapat menyumbang secara keseluruhannya
tetapi, boleh mengurangkan sedikit demi sedikit pencemaran sisa plastik ini.
Bayangkan sahaja jika semua orang sudah mempraktikan amalan ini, sudah pasti
pencemaran alam boleh untuk kita kurangkan.
Refleksi diri saya, sebelum ini, saya juga
sering mengambil sudu plastik apabila memesan makanan di kafetaria kolej
ataupun di restoran. Namun apabila balik ke hostel, saya jarang menggunakan
sudu plastik tersebut dan hanya menyimpan mereka sehingga penuh berlonggok di
laci meja saya.
Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak lagi
mengambil sudu plastik apabila memesan makanan untuk dibawa semula ke hostel
dan hanya menggunakan sudu besi yang telah saya beli di D.I.Y
Setelah mempraktikkan amalan ini, saya juga
telah menggunakan bekas dan botol minuman sendiri secara kerap apabila membeli
makanan di kafetaria.
Secara kesimpulannya, sekecil-kecil perkara yang baik jika diamalkan mampu memberi impak perubahan yang lebih besar dalam kehidupan kita. Saya sudah. Anda bila lagi?