Thursday, 18 June 2020

Amalan Lestari

Apakah itu amalan lestari?

 

Amalan lestari adalah amalan menggunakan barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang. Amalan lestari amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan.

Namun, itu merupakan perspektif secara umum tentang pengamalan lestari. Bagi memupuk budaya ini, saya percaya setiap individu perlulah memulakan sesuatu yang mudah dan praktikal untuk dijalankan agar budaya pengamalan lestari ini mampu disemai dalam diri setiap individu.

Amalan lestari yang mudah untuk dipraktikkan adalah elakkan diri daripada mengambil sudu plastik ketika memesan makanan secara 'take away' di restoran. Hal ini kerana penggunaan sudu plastik sedikit sebanyak menyumbang kepada lambakkan sisa plastik sebagai pencemar kepada alam sekitar. Pernahkah anda melihat hidupan-hidupan marin yang tersiksa akibat lambakan sisa plastik yang dibuang di sungai-sungai dan laut?

oleh sebab itu, kita harus mempraktikkan amalan ini supaya hidupan-hidupan lain tidak terjejas dengan tangan-tangan manusia. Mungkin amalan ini tidak dapat menyumbang secara keseluruhannya tetapi, boleh mengurangkan sedikit demi sedikit pencemaran sisa plastik ini. Bayangkan sahaja jika semua orang sudah mempraktikan amalan ini, sudah pasti pencemaran alam boleh untuk kita kurangkan.

Refleksi diri saya, sebelum ini, saya juga sering mengambil sudu plastik apabila memesan makanan di kafetaria kolej ataupun di restoran. Namun apabila balik ke hostel, saya jarang menggunakan sudu plastik tersebut dan hanya menyimpan mereka sehingga penuh berlonggok di laci meja saya.

Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak lagi mengambil sudu plastik apabila memesan makanan untuk dibawa semula ke hostel dan hanya menggunakan sudu besi yang telah saya beli di D.I.Y

Setelah mempraktikkan amalan ini, saya juga telah menggunakan bekas dan botol minuman sendiri secara kerap apabila membeli makanan di kafetaria.


Secara kesimpulannya, sekecil-kecil perkara yang baik jika diamalkan mampu memberi impak perubahan yang lebih besar dalam kehidupan kita. Saya sudah. Anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment

Refleksi Penuh Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1032 (Subteras Kehidupan Lestari)

REFLEKSI Ekspektasi sebelum mendaftar dengan kursus ini Ketika mula-mula mendaftar dengan kursus ini saya amat tertarik dengan nama kursus i...