Tuesday 14 July 2020

Refleksi Penuh Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1032 (Subteras Kehidupan Lestari)

Amalan Lestari Untuk Kesejahteraan Sejagat – MajalahSains

REFLEKSI

Ekspektasi sebelum mendaftar dengan kursus ini

Ketika mula-mula mendaftar dengan kursus ini saya amat tertarik dengan nama kursus ini. Hal ini demikian kerana, sekilas pandang, kursus ini agak berkaitan dengan alam sekitar ataupun bagaimana kita hendak membudayakan amalan hijau dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah tanggapan awal saya berkenaan kursus ini. Selain itu, saya juga membayangkan, untuk kerja-kerja ataupun aktiviti dalam kursus ini adalah berkaitan aktiviti menanam pokok dan aktiviti kesukarelawanan yang berteraskan alam sekitar. Akhir sekali, saya mungkin akan berjumpa atau berkenalan dengan kenalan baru daripada fakulti-fakulti lain.

Peranan dalam aktiviti berkumpulan

Kredit gambar: Dr. Rafeah

    Gambar tersebut diambil semasa kelas mula-mula dijalankan. Dalam tugasan secara berkumpulan terdapat ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Untuk menyiapkan tugasan dan dihantar tepat pada masanya, setiap anggota kumpulan perlulah bekerjasama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Dalam setiap tugasan kumpulan saya tidak berpeluang untuk menjadi ketua kumpulan. Walaubagaimanapun, dari perspektif sebagai seorang ahli kumpulan saya menggunakan peluang ini untuk melakukan pemerhatian untuk menilai tindakan setiap ketua kumpulan yang pernah saya sertai. Hal ini membolehkan saya untuk mengambil contoh teladan yang baik yang dipamerkan oleh orang atasan terhadap layanan yang diberikan kepada orang bawahan mereka. Alhamdullilah, semua kerja kumpulan kami berjalan dengan lancar, sekalipun ada masalah yang kami hadapi, kami selesaikan melalui perbincangan sehingga menemukan solusi bagi masalah tersebut. Selain itu saya juga turut serta menyumbangkan idea bagi aktiviti berkumpulan contohnya sewaktu aktiviti mencipta barang daripada barang kitar semula dan tips kitar semula untuk aktiviti projek khas. Saya juga memastikan bahawa tugasan yang diarahkan kepada saya untuk disiapakan dihartar kepada 'compiler' untuk proses suntingan.

Cabaran sepanjang menjalani kursus

Berkumpulan

    Bagi aktiviti berkumpulan yang dijalankan di kelas ataupun secara fizikal, saya tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan perlaksanaan aktiviti tersebut. Walaubagaimana pun, ketika proses menyiapkan projek dan perbincangan sepanjang musim PKP ini dijalankan, agak sukar untuk dilakukan serentak bersama ahli kumpulan yang lain kerana tidak semua mampu menghadirkan diri kerana berhadapan dengan masalah sambungan internet yang tidak stabil dan sesetengah daripada mereka mempunyai komitmen yang tersendiri. Oleh itu, agak sukar untuk mendapatkan respon semua ahli kumpulan dengan segera serentak. Hal ini menyebabkan ada ahli kumpulan yang terlepas pandang berkenaan informasi terkini yang disebarkan menerusi aplikasi 'whatsapp'. Oleh sebab itu saya lebih memilih untuk menjalakan kursus ini secara fizikal menerusi pembelajaran di dalam bilik darjah berbanding secara di alam maya.

Individu

    Secara tugasan individu, saya mengalami sedikit masalah berkenaan perlaksanaan E-portfolio. Hal ini kerana, saya tidak pernah melakukan tugasan seberti ini sebelum ini. Hal ini menyebabkan saya tersalah hantar jawapan kepada aktiviti menerusi portal Eleap sedangkan ianya perlu dilakukan dalam laman E-portfolio kemudian pautan daripada E-portfolio perlu dihantar ke Eleap. Hal ini akhirnya, menyebabkan saya terlewat untuk menghantar tugasan yang sepatutnya dihantar pada hari dan tarikh tersebut. Namun, setelah menyedari kesalahan ini, saya segera menyiapkan segala aktiviti yang telah dijalankan di Eleap dan menghantar pautan ke portal Eleap. Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa kita hendaklah peka dengan sebarang perubahan mod pembelajaran terutamanya dari aspek penghantaran tugasan agar masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Apa yang telah dipejari menerusi Kursus Sub Teras ini?

Antara perkara yang telah saya pelajari dalam kurus ini adalah:

1. Berkaitan ilmu bagaiman aktiviti kitar semula barangan seperti plastik boleh diubah kepada sesuatu yang bermanfaat. Gambar dibawah adalah hasil produk kitar semula yang telah diubah suai oleh para pelajar kursus ini.

Kredit gambar: Dr. Rafeah

2. Saya juga telah mempelajari bahawa alaman lestari seperti pengamalan aktiviti hijau amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana, pola aktiviti manusia akhirnya akan menentukan nasib alam sekitar kita. Alam sekitar yang bersih lahir daripada masyarakat yang bersih dan prihatin.

3. Kunci keberjayaan aktiviti secara berkumpulan adalah kerjasama setiap ahli kumpulan dan pengemudi kumpulan tersebut iaitu ketua kumpulan. Apabila mempunyai kumpulan yang pasif,
peranan seorang ketua yang berdedikasi dan berkaliber amat diperlukan agar tugasan tersebut mampu diselesaikan dengan jayanya.

4. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa terdapat pelbagai metod atau cara untuk memulihara alam sekitar. Seperti yang ditunjukkan oleh Dr, Rafeah dalam lawatan kami ke Makmal Tumbuhan di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, kami telah didedahkan berkenaan projek biji benih yang amat bermanfaat. Selain itu kami juga didedahkan bagaimana proses untuk kompos sisa makanan kepada produk yang boleh digunakan semula.

Apakah perasaan anda setelah menyiapkan segala tugasan dan aktiviti yang dijalankan?

    Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan segala tugasan dan aktiviti yang telah dijalankan secara fizikal mahupun secara maya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam proses menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada Dr. Rafeah pengemudi kursus ini, atas panduan dan didikan sepanjang mempelajari kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sepasukan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan bersama dan menyiapkan tugasan akhir video projek khas bagi kursus ini. Terima kasih.


GOD BLESS YOU AND KEEP YOU PRAYER


No comments:

Post a Comment

Refleksi Penuh Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1032 (Subteras Kehidupan Lestari)

REFLEKSI Ekspektasi sebelum mendaftar dengan kursus ini Ketika mula-mula mendaftar dengan kursus ini saya amat tertarik dengan nama kursus i...