Tuesday 14 July 2020

Refleksi Penuh Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1032 (Subteras Kehidupan Lestari)

Amalan Lestari Untuk Kesejahteraan Sejagat – MajalahSains

REFLEKSI

Ekspektasi sebelum mendaftar dengan kursus ini

Ketika mula-mula mendaftar dengan kursus ini saya amat tertarik dengan nama kursus ini. Hal ini demikian kerana, sekilas pandang, kursus ini agak berkaitan dengan alam sekitar ataupun bagaimana kita hendak membudayakan amalan hijau dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah tanggapan awal saya berkenaan kursus ini. Selain itu, saya juga membayangkan, untuk kerja-kerja ataupun aktiviti dalam kursus ini adalah berkaitan aktiviti menanam pokok dan aktiviti kesukarelawanan yang berteraskan alam sekitar. Akhir sekali, saya mungkin akan berjumpa atau berkenalan dengan kenalan baru daripada fakulti-fakulti lain.

Peranan dalam aktiviti berkumpulan

Kredit gambar: Dr. Rafeah

    Gambar tersebut diambil semasa kelas mula-mula dijalankan. Dalam tugasan secara berkumpulan terdapat ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Untuk menyiapkan tugasan dan dihantar tepat pada masanya, setiap anggota kumpulan perlulah bekerjasama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Dalam setiap tugasan kumpulan saya tidak berpeluang untuk menjadi ketua kumpulan. Walaubagaimanapun, dari perspektif sebagai seorang ahli kumpulan saya menggunakan peluang ini untuk melakukan pemerhatian untuk menilai tindakan setiap ketua kumpulan yang pernah saya sertai. Hal ini membolehkan saya untuk mengambil contoh teladan yang baik yang dipamerkan oleh orang atasan terhadap layanan yang diberikan kepada orang bawahan mereka. Alhamdullilah, semua kerja kumpulan kami berjalan dengan lancar, sekalipun ada masalah yang kami hadapi, kami selesaikan melalui perbincangan sehingga menemukan solusi bagi masalah tersebut. Selain itu saya juga turut serta menyumbangkan idea bagi aktiviti berkumpulan contohnya sewaktu aktiviti mencipta barang daripada barang kitar semula dan tips kitar semula untuk aktiviti projek khas. Saya juga memastikan bahawa tugasan yang diarahkan kepada saya untuk disiapakan dihartar kepada 'compiler' untuk proses suntingan.

Cabaran sepanjang menjalani kursus

Berkumpulan

    Bagi aktiviti berkumpulan yang dijalankan di kelas ataupun secara fizikal, saya tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan perlaksanaan aktiviti tersebut. Walaubagaimana pun, ketika proses menyiapkan projek dan perbincangan sepanjang musim PKP ini dijalankan, agak sukar untuk dilakukan serentak bersama ahli kumpulan yang lain kerana tidak semua mampu menghadirkan diri kerana berhadapan dengan masalah sambungan internet yang tidak stabil dan sesetengah daripada mereka mempunyai komitmen yang tersendiri. Oleh itu, agak sukar untuk mendapatkan respon semua ahli kumpulan dengan segera serentak. Hal ini menyebabkan ada ahli kumpulan yang terlepas pandang berkenaan informasi terkini yang disebarkan menerusi aplikasi 'whatsapp'. Oleh sebab itu saya lebih memilih untuk menjalakan kursus ini secara fizikal menerusi pembelajaran di dalam bilik darjah berbanding secara di alam maya.

Individu

    Secara tugasan individu, saya mengalami sedikit masalah berkenaan perlaksanaan E-portfolio. Hal ini kerana, saya tidak pernah melakukan tugasan seberti ini sebelum ini. Hal ini menyebabkan saya tersalah hantar jawapan kepada aktiviti menerusi portal Eleap sedangkan ianya perlu dilakukan dalam laman E-portfolio kemudian pautan daripada E-portfolio perlu dihantar ke Eleap. Hal ini akhirnya, menyebabkan saya terlewat untuk menghantar tugasan yang sepatutnya dihantar pada hari dan tarikh tersebut. Namun, setelah menyedari kesalahan ini, saya segera menyiapkan segala aktiviti yang telah dijalankan di Eleap dan menghantar pautan ke portal Eleap. Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa kita hendaklah peka dengan sebarang perubahan mod pembelajaran terutamanya dari aspek penghantaran tugasan agar masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Apa yang telah dipejari menerusi Kursus Sub Teras ini?

Antara perkara yang telah saya pelajari dalam kurus ini adalah:

1. Berkaitan ilmu bagaiman aktiviti kitar semula barangan seperti plastik boleh diubah kepada sesuatu yang bermanfaat. Gambar dibawah adalah hasil produk kitar semula yang telah diubah suai oleh para pelajar kursus ini.

Kredit gambar: Dr. Rafeah

2. Saya juga telah mempelajari bahawa alaman lestari seperti pengamalan aktiviti hijau amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana, pola aktiviti manusia akhirnya akan menentukan nasib alam sekitar kita. Alam sekitar yang bersih lahir daripada masyarakat yang bersih dan prihatin.

3. Kunci keberjayaan aktiviti secara berkumpulan adalah kerjasama setiap ahli kumpulan dan pengemudi kumpulan tersebut iaitu ketua kumpulan. Apabila mempunyai kumpulan yang pasif,
peranan seorang ketua yang berdedikasi dan berkaliber amat diperlukan agar tugasan tersebut mampu diselesaikan dengan jayanya.

4. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa terdapat pelbagai metod atau cara untuk memulihara alam sekitar. Seperti yang ditunjukkan oleh Dr, Rafeah dalam lawatan kami ke Makmal Tumbuhan di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, kami telah didedahkan berkenaan projek biji benih yang amat bermanfaat. Selain itu kami juga didedahkan bagaimana proses untuk kompos sisa makanan kepada produk yang boleh digunakan semula.

Apakah perasaan anda setelah menyiapkan segala tugasan dan aktiviti yang dijalankan?

    Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan segala tugasan dan aktiviti yang telah dijalankan secara fizikal mahupun secara maya walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam proses menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya kepada Dr. Rafeah pengemudi kursus ini, atas panduan dan didikan sepanjang mempelajari kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sepasukan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan bersama dan menyiapkan tugasan akhir video projek khas bagi kursus ini. Terima kasih.


GOD BLESS YOU AND KEEP YOU PRAYER


Sunday 12 July 2020

Apa itu Perusahaan Sosial (Social Enterprise)


What Is a Social Enterprise? - Social Enterprise Alliance

Kali ini untuk tugasan kurus Kokurikulum Berkredit, kami diberikan tugasan untuk mengupas apakah yang dimaksudkan dengan perusahaan sosial ataupun lebih dikenali sebagai 'social enterprise'. Pasti anda semua tertanya-tanya bukan?

Perusahaan Sosial

Berdasarkan dokumen PDF yang telah diberikan, saya dapat menyimpulkan bahawa, perusahaan sosial ini adalah salah satu cabang syarikat yang menjalankan kegiatan ekonomi yang menggunakan beberapa prinsip ekonomi yang berlandaskan kepada objektif sosial mereka. Syarikat yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti ini biasanya akan menyalurkan semula keuntungan syarikat kepada masyarakat untuk memenuhi keperluan sosial mereka.

3 contoh syarikat yang menjalankan perusahaan sosial adalah:


1.  Animal Projects and Environmental Education Sdn Bhd (APE Malaysia)

Syarikat ini menjalinkan kerjasama ekonomi dengan syarikat-syarikat tertentu dengan objektif melestarikan alam sekitar. Antara projek yang telah dijalankan oleh syarikat ini adalah, membangunkan pusat pemuliharaan habitat hidupan liar di Sungai Kinabatangan Sabah dengan kerjasama Borneo Wildlife Safari, program kesukarelawanan dan program pendidikan orang pedalaman di sabah.

 Sumber: http://apemalaysia.com


2. Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd

Syarikat ini bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi yang menjurus kepada teknologi perladangan dan pertanian. Syarikat ini menumpukan tumpuan sosial mereka kepada kelestarian dalam pengurusan sisa dan perniagaan, penerapan sistem agrikultur pintar dan pertanian lestari dan akhir sekali adalah program pemupukan kesedaran melalui kempen dan kem pendidikan.

Sumber: http://wormingup.com



3. Generating Opportunities for Learning Disables (GOLD)

Syarikat ini memfokuskan jalinan kerjasama antara syarikat-syarikat yang lain unuk memenuhi tuntutan sosial mereka untuk membentu orang kelainan upaya. Program-program dijalankan agar dapat menjana keuntungan untuk disalurkan kepada tabing bantuan orang kuang upaya. 

Sumber: https://facebook.com/gold3c,%20%20http:/gold3c.blogspot.my/

Apakah potensi yang ada pada perusahaan sosial ini?

Saya bercadang untuk menubuhkan syarikat yang mengumpulkan graduan-graduan terkini yang berpotensi untuk mengembangkan diri dalam yang mereka ceburi. Sebagai contohnya, Mat Lutfi Studio ataupun dengan lebih dikenali sebagai ML Studio. Syarikat ini akan memperkasakan anak muda kita yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Syarikat ini akan menjadi jambatan ataupun penghubung kepada syarikat-syarikat tertentu yang memerlukan pekerja. Selain itu, tenaga dan idea daripada anak muda dapat diangkat dan dijalankan yang boleh menaikkan nama syarikat. Syarikat seperti ini amat membantu untuk mengurangkan jumlah pengangguran yang ada di dalam negara kita kerana ianya tidak memfokuskan kepada satu-satu bidang sahaja.  

Tengku Shanizan Raja Ismail: Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya

Thursday 9 July 2020

Perbincangan Projek dan Refleksi

Pada 24 Jun 2020 yang lalu, suatu perbincangan berkenaan projek khas yang bakal dijalankan oleh kumpulan kami telah diadakan menerusi aplikasi 'whatsapp' secara alam maya. Kumpulan kami memilih tajuk '15 Cara kitar semula yang boleh diamalkan di rumah'. Untuk blog kali ini saya akan kongsikan sedikit tips bagaimana kita hendak membuat refleksi berkenaan perbincangan yang telah kami jalankan menggunakan kaedah reflrksi 'STARR'. STARR merupakan akronim daripada S- Situation (situasi), Task (tugasan), A- Action (Tindakan), R- Result (keputusan) dan R- Reflection (refleksi). 

Berdasarkan perbincangan tersebut saya boleh rumuskan: 

Situasi(S): 
Perbincangan dilakukan menerusi aplikasi 'whatsapp'. 

Tugasan(T):  
Perbincangan berkenaan 15 cara kitar semula yang boleh diamalkan dirumah diteruskan. Pada hari perbincangan kelapan-lapan ahli kumpulan mengambil bahagian dalam menjana idea dan berkongsi idea mereka berkenaan tips kitar semula di rumah.

Tindakan (A):
Setiap ahli kumpulan mengemukakan idea masing-masing dan 15 cara terbaik dipilih. 

Keputusan (R): 
Pembahagian tugasan kepada ahli kumpulan dibahagikan kepada kelapan-lapan ahli kumpulan. kami juga memutuskan video yang telah siap direkod perlulah dihantar kepada editor utama untuk proses suntingan selewat-lewatnya pada 10 julai iaitu pada hari jumaat.

Refleksi (R): 
Kesimpulan daripada sesi perbincangan alam maya ini, saya merasakan ianya berkesan dan mencapai objektif perbincangan. Hal ini kerana, semua ahli kumpulan meluangkan masa untuk memberikan pandangan masing-masing. Walaupun berhadapan kesukaran internet, terutamanya rakan-rakan yang tinggal di kawasan yang kurang liputan internet mereka masih berusaha untuk turut serta dalam perbincangan. 

Do Good Work - Tap to see more minimal quote wallpapers ...

Kelestarian Sumber Air

JIKA AIR DIPUTUS OLEH PIHAK UPTD AIR BERSIH, INI YANG PERLU ANDA ...


Dalam blog kedua ini saya akan menerangkan serba sedikit apakah yang dimaksudkan sebagai kelestarian sumber air. Seperti yang kita sedia maklum, sumber air amat penting bagi seluruh hidupan di bumi untuk terus melangsungkan kehidupan. Bahkan sumber air bersih dapat memastikan keselamatan dan kesihatan kita sebagai pengguna terjamin. Di Malaysia, kita dikurniakan dengan pelbagai sumber alam yang kaya dengan sumber asli yang boleh dimanfaatkan antaranya sumber air yang bersih. Oleh itu sebagai masyarakat yang prihatin kita hendaklah memelihara kelangsungan bekalan air bersih di negara kita dapat dinikmati oleh generasi pada masa hadapan. 

Menurut Instutut Kefahaman Islam Malaysia dalam lawan web rasmi mereka menyatakan, kelestarian secara umumnya membawa maksud pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermakna, kelestarian ada kaitannya dengan usaha mengekalkan serta memelihara keaslian sesuatu perkara. Walaupun begitu, kelestarian dalam konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan sahaja pengekalan tetapi turut menambahbaik keadaan sedia ada. Justeru, dalam konteks kelestarian sumber air, ia menuntut kita untuk bersama-sama menjaga dan menggunakan sumber air bersih yang mudah diperolehi di negara kita secara berhemah agar pembaziran dapat dielakkan. Di rumah, kami sering menadah air hujan untuk kerja-kerja pembersihan. Memandangkan saya tinggal di kampung, kawasan rumah saya selalu dipenuhi dengan pasir atau lumpur apabila hendak masuk ke dalam rumah. Air takungan hujan boleh digunakan untuk membersihkan kawasan hadapan rumah daripada lumpur dan pasir daripada bekas tapak kasut atau selipar. 

Bekalan air terganggu tapi tak buat persediaan? Jangan panik ...

IdaShazana: Banjir

Selain itu, air tadahan hujan juga boleh digunakan untuk menyiram tanam-tanaman yang ada di rumah. Di rumah, kami membangunkan kebun mini yang ditanam dengan sayur-sayuran. Penggunaan air tadahan hujan ini dapat mengurangkan penggunaan air paip sekaligus dapat membudayakan amalan kehidupan lestari.

Kurus Cantik Sihat Bersama Mama Ija: Kebun Mini Belakang Rumah

Thursday 18 June 2020

Amalan Lestari

Apakah itu amalan lestari?

 

Amalan lestari adalah amalan menggunakan barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang. Amalan lestari amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan.

Namun, itu merupakan perspektif secara umum tentang pengamalan lestari. Bagi memupuk budaya ini, saya percaya setiap individu perlulah memulakan sesuatu yang mudah dan praktikal untuk dijalankan agar budaya pengamalan lestari ini mampu disemai dalam diri setiap individu.

Amalan lestari yang mudah untuk dipraktikkan adalah elakkan diri daripada mengambil sudu plastik ketika memesan makanan secara 'take away' di restoran. Hal ini kerana penggunaan sudu plastik sedikit sebanyak menyumbang kepada lambakkan sisa plastik sebagai pencemar kepada alam sekitar. Pernahkah anda melihat hidupan-hidupan marin yang tersiksa akibat lambakan sisa plastik yang dibuang di sungai-sungai dan laut?

oleh sebab itu, kita harus mempraktikkan amalan ini supaya hidupan-hidupan lain tidak terjejas dengan tangan-tangan manusia. Mungkin amalan ini tidak dapat menyumbang secara keseluruhannya tetapi, boleh mengurangkan sedikit demi sedikit pencemaran sisa plastik ini. Bayangkan sahaja jika semua orang sudah mempraktikan amalan ini, sudah pasti pencemaran alam boleh untuk kita kurangkan.

Refleksi diri saya, sebelum ini, saya juga sering mengambil sudu plastik apabila memesan makanan di kafetaria kolej ataupun di restoran. Namun apabila balik ke hostel, saya jarang menggunakan sudu plastik tersebut dan hanya menyimpan mereka sehingga penuh berlonggok di laci meja saya.

Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak lagi mengambil sudu plastik apabila memesan makanan untuk dibawa semula ke hostel dan hanya menggunakan sudu besi yang telah saya beli di D.I.Y

Setelah mempraktikkan amalan ini, saya juga telah menggunakan bekas dan botol minuman sendiri secara kerap apabila membeli makanan di kafetaria.


Secara kesimpulannya, sekecil-kecil perkara yang baik jika diamalkan mampu memberi impak perubahan yang lebih besar dalam kehidupan kita. Saya sudah. Anda bila lagi?

Refleksi Penuh Kursus Kokurikulum Berkredit PPD 1032 (Subteras Kehidupan Lestari)

REFLEKSI Ekspektasi sebelum mendaftar dengan kursus ini Ketika mula-mula mendaftar dengan kursus ini saya amat tertarik dengan nama kursus i...